comscore
Tumpuan :
Nasional

Bangunan kedai papan lama lambang kewujudan pekan Tuaran

Bangunan kedai papan lama berusia lebih tujuh dekad yang masih digunakan sebagai premis perniagaan di Tuaran. FOTO: NSTP

TUARAN: Pelbagai cadangan terus dikemukakan bagi menyelamatkan baki kedai papan lama berusia lebih tujuh dekat di pekan ini.

Ia bagi memastikan nostalgia dan warisan sejarah pekan Tuaran masih boleh dilihat generasi ketika ini dan akan datang.

Pada masa sama, mereka juga mengakui prihatin dengan keselamatan pemilik serta penghuni bangunan berkenaan.

Pengerusi Kelab Pencinta Alam Tuaran, Mohd Faiz Azman menyifatkan tindakan merobohkan bangunan kedai papan lama itu untuk diganti baru semenangnya tidak dapat dielakkan.

Sebuah daripada 15 bangunan kedai papan lama yang dirobohkan untuk digantikan premis moden di pekan Tuaran. FOTO: NSTP

“Dilihat dari sudut sejarah kewujudan Tuaran sebagai pekan ternama, tindakan itu adalah suatu kehilangan besar yang tiada gelang ganti. Namun, jika memikirkan keperluan berbuat demikian kerana perubahan, maka tiada pihak yang boleh menghalangnya,” katanya di sini.

Ketika ini, hanya tinggal empat deret kedai papan lama masih wujud dan beroperasi sebagai premis perniagaan di Tuaran.

Selebihnya, bangunan kedai kayu itu sudah lenyap daripada pandangan mata kerana diganti premis baru dan ada juga musnah terbakar beberapa tahun lalu.

Ketua Anak Negeri (KAN) Tuaran, Sofian Johari pula mencadangkan bangunan kayu yang masih kukuh dan selamat digunakan wajar menjalani baik pulih sebagai langkah menyelamatkan warisan sejarah itu.

“Jangan bunuh sejarah, kerana sejarah adalah rakaman jejak langkah dan gambaran kehidupan manusia waktu lalu, yang perlu dijaga sampai bila-bila. Bangunan kedai lama itu sinonim dengan warga tua kerana dibina oleh sekumpulan tukang kayu dari Sandakan ketika era penjajah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini