comscore
Tumpuan :
Nasional

Bangunan tiga tingkat berdekatan KB Mall terbakar

KOTA BHARU: Sebuah bangunan tiga tingkat menempatkan pejabat perniagaan dan kedai menjual aksesori kenderaan terbakar di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, terletak berhampiran Pusat Membeli Belah KB Mall tengahari tadi.

Penguasa Kanan Dua, Khairul Ariffin Che Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.21 tengahari, bertindak atas maklumat sebanyak dua buah jentera dan 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dipercayai berlaku dari bahagian belakang bangunan berkenaan sebelum merebak keseluruh bangunan itu,” katanya.

” Pihak bomba juga terpaksa menggunakan bantuan air dari sebuah lori tangki syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan dari loji air berhampiran bagi memadamkan kebakaran.”

Jelasnya kesesakan lalulintas berlaku lebih 10 kilometer berikutan pihak berkuasa metutup beberapa jalan susulan kayuhan Le Tour De Langki di Kota Bharu melalui Jalan Telipot bersebelahan Jalan Kuala Krai pada waktu kejadian.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini