comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: 3 PPS dibuka di Sarawak, 71 mangsa banjir ditempatkan

Keadaan banjir di Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa, di sini, susulan hujan lebat berterusan bermula jam 3 pagi hari ini.- Foto: NSTP

KUCHING: Seramai 71 mangsa banjir daripada 22 keluarga di Kuching dan Bau ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 29 daripada tujuh keluarga ditempatkan di Dewan R.Piang, Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa, dekat sini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, 20 daripada lapan keluarga di Taman Desa Wira, Lorong 5i pula ditempatkan di Dewan Masyarakat Stapok, Batu Kawa.

Menurutnya, enam mangsa daripada dua keluarga di Kampung Segong, Bau pula ditempatkan di dewan kampung berkenaan.

Jumlah yang yang ditempatkan di PPS dijangka meningkat berikutan pendaftaran masih dijalankan sehingga jam 2.30 petang ini.

Selain itu, keadaan cuaca di bandar raya ini juga masih tidak menentu dengan hujan lebat dijangka berlaku lagi malam ini manakala air laut pasang besar pula diramal berlaku pagi esok.

Hari ini, beberapa penempatan penduduk di bandar raya ini dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan sejak jam 3 pagi tadi.

Ia membabitkan Kampung Sinar Budi Baru dan Taman Desa Wira di Batu Kawa; sekitar Tabuan, Matang, Samariang, Pending, Kota Sentosa; Jalan Bako serta daerah Bau.

Menurut penduduk di Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa, air mula memasuki kediaman mereka pada jam 6 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini