comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: ATM siap siaga aturgerak pegawai dan anggota

Datuk Seri Mohamad Khaled ketika menyantuni mangsa banjir di daerah Kota Tinggi, pagi tadi.

KOTA TINGGI: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersedia menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir terutama ketika pasca banjir.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, anggota dan asetnya diletakkan dalam keadaan siap siaga sekiranya diminta oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Katanya, buat masa ini pegawai dan anggota ATM turut berada di lapangan khususnya di negeri yang terjejas banjir bagi memantau keadaan.

 

“So far belum ada lagi amaran gelombang, dia hanya bagi tahu bahawa hujan lebat hingga esok, pengurusan banjir dikendalikan NADMA, kita bersedia untuk menerima apa-apa tugasan yang dinyatakan lebih-lebih lagi diperlukan pasca banjir” katanya selepas menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara PPS Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Kota Tinggi, pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata, pihaknya turut memantau rapat perkembangan banjir di Johor.

Ia susulan ramalan hujan lebat berterusan tahap buruk membabitkan beberapa daerah termasuk Kota Tinggi sehingga esok.

Justeru penduduk diminta mengambil langkah perlu sekiranya banjir melanda.

Loading...
Terkini