comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir: Calon SPM dibantu kenderaan tentera untuk menduduki kertas peperiksaan

TAMPIN: Empat calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai kelamah di sini, dibantu kenderaan tentera untuk pergi ke pusat peperiksaan yang ditetapkan.

Difahamkan keempat-empat belajar berkenaan adalah penuntut Sekolah Menengah Agama Gemas (3 orang), manakala seorang lagi calon dari SMK Jelai (F).

Kelewatan sampai ke pusat peperiksaan berikutan penutupan jalan dan laluan dinaiki air, keempat-empat calon ini akan diberikan tambahan masa untuk menjawab kertas yang diambil.

Setakat 8 malam tadi, PPS SK Sungai Kelamah menempatkan seramai 236 mangsa banjir.

11 PPS yang menempatkan 853 mangsa daripada 232 keluarga telah dibuka di Negeri Sembilan.

Loading...
Terkini