Tumpuan :
Nasional

Banjir di Hulu Terengganu terkawal

Oleh:Mohd Ishak Abdillah Ngah

HULU TERENGGANU: Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu berada dalam keadaan terkawal.

Episod hujan lebat yang melanda daerah itu sejak tiga hari lalu menyebabkan beberapa kampung yang terletak di kawasan rendah dinaiki air.

Tinjauan Buletin TV3 mendapati beberapa rumah penduduk di Kampung Matang, digenangi air sejak semalam.

Setakat jam 8.00 pagi tadi, hanya 68 mangsa membabitkan 18 keluarga di daerah itu dipindahkan ke 5 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusop, pihaknya telah membuat pemantauan rapi di kawasan terjejas.

“Banjir di Hulu Terengganu terkawal tidak begitu serius setakat ini, bagaimanapun luruan MTL sehingga 1 Disember ini yang diramalkan berlaku banjir, penduduk dinasihatkan sentiasa berwaspada dan berpindah jika diarah berbuat demikian”, katanya.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Berang, Zulhisham Mohamad Yusop

Zulhisyam berkata demikian ketika ditemui di Tasik Kenyir.

Sementara itu, paras air di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, masih diparas normal.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu seperti menularkan video atau gambar lama di media sosial yang boleh mendatangakan panik kepada penduduk sekitar khususnya,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, keseluruhan mangsa banjir di Terengganu yang berpindah ke PPS hari ini adalah seramai 398 orang membabitkan 7 daerah.

Daerah Marang paling ramai dipindahkan iaitu 195 mangsa, Hulu Terengganu 68 mangsa, Dungun 59, Besut 43, Kemaman 32 dan Setiu 1 mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini