comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di Johor pulih, 2 PPS ditutup

JOHOR BAHRU : Banjir di Johor pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah ini telah ditutup, tengah hari tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, seramai 565 mangsa daripada 150 keluarga sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, dua PPS di Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Tiram dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Puteri Wangsa itu ditutup mulai jam 12 tengah hari.

“PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru, Tiram yang dibuka sejak 8 pagi semalam menempatkan mangsa banjir dari Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Darat.

“Manakala, PPS SK Bukit Mutiara, Puteri Wangsa yang mula dibuka jam 10 pagi semalam menempatkan mangsa yang juga penduduk Kampung Paya Kenangan, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Kangkar Tebrau.

“Kini, kedua-dua PPS itu sudah ditutup,” katanya.

Sementara itu,  Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada amaran ribut petir di mana-mana kawasan termasuk negeri ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) pula melaporkan keadaan cuaca setakat tengah hari tadi cerah di semua daerah di Johor kecuali Kluang yang mengalami hujan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini