Tumpuan :
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di Johor kini pulih sepenuhnya selepas penutupan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani, tiga PPS yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan Melayu Raya di Pontian serta Dewan Serbaguna Kahang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kahang di Kluang.

“Kesemua 230 orang daripada 72 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS tersebut dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini, setelah air banjir surut dan keadaan kediaman didapati selamat.

“Selain itu, keadaan cuaca di Pontian diramalkan hujan, manakala Muar mendung, sementara lapan daerah yang lain dijangka cerah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Johor dilanda banjir yang melibatkan daerah Kota Tinggi, Pontian, Kluang, Kulai, dan Johor Bahru akibat hujan lebat berterusan pada Jumaat, 10 Januari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini