comscore
Tumpuan :
Bencana

Banjir di Johor : Satu PPS ditutup, mangsa banjir di Batu Pahat menurun

Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 343 orang setakat jam 8 malam tadi, berbanding 369 orang petang tadi susulan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama (SA) Seri Bertam di daerah itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan PPS itu, yang dibuka sejak 2 Mac lalu  bagi menempatkan penduduk dari Kampung Haji Kamisan, Taman Selatan, Kampung Parit Lapis Terus dan Kampung Haji Mian, ditutup pada 6 petang tadi.

Empat lagi PPS menempatkan 87 keluarga masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan (156 orang), Dewan Orang Ramai Yong Peng (114 orang), SA Seri Comel (54 orang) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Min (19 orang).

“Kawasan Dewan Undangan Negeri di daerah itu yang masih terjejas banjir adalah Sri Medan, Yong Peng, Parit Yaani dan Senggarang,” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

JPBN turut memaklumkan Sungai Bekok di Empangan Bekok masih berada di paras amaran dengan bacaan 18.98 meter, manakala cuaca di kesemua 10 daerah di negeri ini dilaporkan mendung pada malam ini.

Loading...
Terkini