comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di Kedah makin pulih, 107 mangsa ditempatkan di dua PPS

Foto hiasan

ALOR SETAR: Keadaan banjir di Kedah semakin pulih apabila hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kota Setar beroperasi ketika ini.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan PPS di tiga daerah iaitu Baling, Pokok Sena dan Kota Setar sudah ditutup sepenuhnya hari ini.

PPS di daerah Kota Setar mencatatkan bilangan mangsa seramai 107 mangsa daripada 31 keluarga.

Ia berikutan kebanyakan mangsa dibenarkan pulang ke rumah selepas air surut sepenuhnya hari ini.

Sementara itu, laman Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan dua sungai di Kota Setar melebihi paras bahaya.

Dua sungai itu termasuk Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini