comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di Kedah semakin pulih, 7 PPS di Kota Setar ditutup

Penduduk di Kampung Padang Luar membersihkan perkakasan rumah selepas dibenarkan pulang. – FOTO: NSTP

ALOR SETAR: Tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Setar ditutup secara berperingkat hari ini sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 888 orang setakat 4 petang, berbanding 1,885 orang, pagi tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa terdiri daripada 252 keluarga itu masih ditempatkan di 11 PPS di Pendang dan Pokok Sena.

Di Pendang, 857 orang daripada 240 keluarga berada di 10 PPS iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, SMK Tanah Merah, SMK Tunku Temenggung, SMK Ayer Puteh Dalam, Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Ibrahim, SK Tanah Merah, SK Haji Mohamad Ariff, SK Ayer Puteh dan Sekolah Model Khas Bukit Jenun.

Di Pokok Sena, 31 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS SK Tualang.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat jam 4 petang, paras air Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar mencatat 1.53 meter melebihi tahap waspada 1.5 meter. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini