comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di Kelantan beransur pulih, dua PPS ditutup

Keadaan banjir di Kampung Tersang, Rantau Panjang. -Foto: NSTP

KOTA BHARU: Banjir di Kelantan makin pulih menyaksikan dua pusat pemindahan sementara  (PPS) ditutup dan separuh mangsa banjir dibenar pulang.

Berdasarkan rekod, 711 mangsa banjir direkodkan sehingga jam 9 malam ini berbanding 1,495 mangsa pada sebelah pagi.

 

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), empat PPS masih dibuka menempatkan mangsa daripada 229 keluarga.

Ia membabitkan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh yang menempatkan 338 mangsa daripada 112 keluarga dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial (167 mangsa, 55 keluarga).

Dua lagi adalah SK Gual Periok (136 mangsa, 41 keluarga) dan SMK Gual Periok menempatkan 70 mangsa daripada  21 keluarga.

Loading...
Terkini