comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di Melaka, Negeri Sembilan pulih, mangsa di Selangor menurun

Foto hiasan

PETALING JAYA: Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat jam 8 malam tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 483 orang malam ini berbanding 597 orang pada jam 4 petang tadi.

Daripada jumlah itu, sebanyak 227 mangsa daripada 62 keluarga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Klang, manakala 256 mangsa daripada 55 keluarga di sebuah lagi PPS di Petaling Jaya.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini