Tumpuan :
Nasional

Banjir di Miri dan Bintulu tidak jejaskan operasi PETRONAS

Tangkap layar video banjir melanda loji MLNG di Bintulu.

KUCHING: Operasi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di Miri dan Bintulu tidak terjejas meskipun kedua-dua kawasan itu dilanda banjir.

Dalam kenyataan hari ini, PETRONAS menegaskan bahawa keselamatan kakitangan, keluarga mereka, serta masyarakat sekeliling kekal menjadi keutamaan syarikat.

Menurutnya kenyataan itu, mereka akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjaga kesejahteraan orang ramai, alam sekitar dan aset.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk pihak berkuasa dan Pelabuhan Bintulu atas kerjasama yang diberikan.

“Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memberikan sokongan jika diperlukan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini