comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di Perak: 130 mangsa masih berlindung di PPS malam ini

Foto: NSTP

IPOH: Mangsa banjir di daerah Perak Tengah berkurang malam ini iaitu 130 orang daripada 44 keluarga berbanding 209 mangsa daripada 73 keluarga pagi tadi yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Simpang 3, Parit.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan setakat malam ini, PPS tersebut masih menempatkan penduduk dari Kampung Serapoh dan Kampung Buloh Akar selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat tengah malam tadi.

Hujan lebat berterusan malam tadi turut menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air di Manjung, Lahat dan Ipoh termasuk di Taman Cempaka.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini