comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir di Perak makin pulih, 341 mangsa berlindung di PPS

IPOH: Keadaan banjir di Perak semakin pulih tengah hari ini apabila jumlah mangsa menurun kepada 341 daripada 110 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, 10 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di tiga daerah terjejas iaitu lima di Taiping, empat di Kuala Kangsar dan satu di Hilir Perak.

Foto hiasan

Di Taiping, sebanyak 164 mangsa daripada 52 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Batu Hampar Trong, Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor, SK Matang, Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong dan SK Temerlok.

Di Kuala Kangsar jumlah mangsa kekal 131 daripada 46 keluarga ditempatkan di PPS SK Periang, SK Temong, Dewan Orang Ramai Kampung Talang Masjid dan SK Clifford manakala 46 mangsa daripada 12 keluarga masih berlindung di Dewan Serbaguna Padang Tembak di daerah Hilir Perak.

Kenyataan itu juga memaklumkan dua jalan iaitu FT 004 Jalan Timur Barat (Kupang Gerik-Jeli) dan FT 1152 Felda Trolak Selatan, masing-masing dibuka satu lorong akibat kejadian tanah runtuh.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini