comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di Perak makin surut, 529 mangsa di 10 PPS

FOTO: APM

IPOH: Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Perak berkurangan pagi ini, dengan 529 orang daripada 163 keluarga masih berada di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perak setakat jam 8 pagi tadi menunjukkan, Larut, Matang dan Selama (LMS) adalah daerah paling terjejas dengan merekodkan 350 mangsa (104 keluarga) ditempatkan di lima PPS.

Daripada jumlah itu, seramai 224 mangsa (66 keluarga) berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Temerlok, manakala 53 orang (16 keluarga) masih ditempatkan di SK Matang Gelugor dan 34 mangsa (10 keluarga) di Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong.

PPS SK Matang menempatkan 22 mangsa (lapan keluarga), manakala PPS Dewan Orang Ramai Batu Hampar Trong menempatkan 17 mangsa (empat keluarga).

PPS Masjid Al-Wusta Batu 8 dan Dewan Orang Ramai Jebong Kiri sudah ditutup secara rasmi malam tadi.

Turut terjejas adalah daerah Kuala Kangsar yang membabitkan 131 mangsa (46 keluarga) dipindahkan ke empat PPS.

“PPS SK Periang menempatkan 42 orang (16 keluarga) dan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Talang Masjid menempatkan 40 orang (lapan keluarga).

“28 mangsa (16 keluarga) berlindung diPPS SK Clifford, PPS SK Temong pula dihuni 21 mangsa (lapan keluarga),” katanya.

Di daerah Hilir Perak, semua 48 mangsa (13 keluarga) berlindung di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan semua sungai di negeri itu kini berada pada paras normal, termasuk Sungai Kerian di Selama dan Sungai Perak di Jambatan Sultan Iskandar yang sebelum ini dilaporkan masing-masing berada pada paras berjaga-jaga.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini