comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir di Perak pulih sepenuhnya

Foto hiasan

IPOH: Banjir di Perak pulih sepenuhnya selepas kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang beroperasi di daerah Taiping iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Matang ditutup pada 3 petang tadi.

Jumlah mangsa terakhir yang terlibat membabitkan 11 orang daripada tiga keluarga.

Kenyataan itu turut memaklumkan dua jalan iaitu FT 004 Jalan Raya Timur Barat (Kupang Gerik-Jeli) dan FT 1152 Felda Trolak Selatan, masing-masing dibuka satu lorong akibat kejadian tanah runtuh.

Tiga hari lepas, tiga daerah di Perak dilanda banjir iaitu Taiping, Kuala Kangsar dan Hulu Perak sehingga memaksa lebih 500 mangsa berlindung di 10 PPS. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini