comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir di Sabah, 10 sekolah ditutup 

 


KOTA KINABALU: Susulan banjir yang melanda empat daerah di Sabah,10 sekolah diarah tutup hari ini selepas laluan dan kawasan ke sekolah terbabit dinaiki air sejak petang semalam.

Menurut kenyataan Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Raisin Saidin, empat daerah terbabit ialah Penampang, Papar, Sipitang dan Tuaran.

Penutupan itu membabitkan seramai 5,077 murid dan pelajar serta 307 guru, dengan jumlah paling ramai ialah terjejas ialah di Penampang, iaitu lebih 4,000 murid dan pelajar.

Daerah Penampang merekodkan paling banyak sekolah ditutup iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sugut, SK St Theresa Inobong, SK Kibabaig, SK St Joseph, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yue Min dan Sekolah Menengah (SM) St Micheal.

“Di Papar, sebuah sekolah ditutup iaitu SK Kelatuan dan begitu juga di Sipitang, sebuah sekolah ditutup setakat pagi ini iaitu SJKC Sin Boon, Sindumin.

“Bagi daerah Tuaran pula, dua sekolah terpaksa ditutup hari ini akibat banjir iaitu SK Kauluan dan SJKC Chung Hwa, Tenghilan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Penutupan sekolah terbabit mengambil kira status banjir yang menjejaskan kawasan sekolah, selain laluan masuk ke sekolah yang dinaiki air dan tidak dapat dilalui.

Banjir melanda beberapa daerah di Pantai Barat Sabah, termasuk sekitar ibu negeri sejak petang semalam akibat hujan lebat lebih lima jam, dengan daerah Penampang dikenal pasti paling terjejas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini