
KUCHING: Seramai 12,470 daripada 3,618 keluarga di Sarawak berlindung di 62 pusat perlindungan sementara (PPS) sehingga jam 7 pagi ini.
Peningkatan itu susulan pembukaan satu lagi PPS mangsa banjir di Sibu petang semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, daripada jumlah itu, seramai 12,264 daripada 3,570 adalah mangsa banjir yang berlindung di 62 PPS.
Selain itu, 169 daripada 39 keluarga adalah mangsa tanah runtuh yang kini berlindung di tiga PPS manakala 37 daripada sembilan keluarga pula adalah mangsa kebakaran rumah panjang yang kini menghuni satu PPS.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat berterusan berlaku di sebahagian Sarawak hari ini.
Ia membabitkan bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Meradong dengan hujan berterusan dijangka berlaku.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.