comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir : Hanya Tiga PPS Dibuka Di Johor

JOHOR BAHRU : Hanya tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di dua daerah, Pontian dan Kluang masih dibuka menempatkan 112 mangsa daripada 36 keluarga setakat jam 8 pagi hari ini.

Cuaca yang semakin cerah dan keadaan banjir yang surut memberi keyakinan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan terjejas untuk pulang ke kediaman masing-masing sejak malam tadi.

Beliau berkata, sehingga kini sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) daripada lima PPS yang beroperasi juga ditutup.

Menurutnya, ia termasuk PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu di Kulai yang ditutup pada 8 malam tadi dan menyaksikan pendaftaran keluar 159 mangsa membabitkan 41 keluarga.

Katanya, PPS di SK Kampung Pasir di Kampung Pasir, Tampoi pula yang dibuka pada 7 petang semalam sebagai persediaan bagi menerima kehadiran mangsa banjir juga ditutup pada jam 12.30 tengah malam selepas tiada pendaftaran masuk mangsa.

“Semua mangsa yang terbabit dilaporkan sudah pulang ke rumah masing-masing manakala tiga lagi PPS termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kampung Renggam dan SK Sungai Linau di Kluang dan di SK Melayu Raya di Pontian masih beroperasi.

“PPS SK Melayu Raya dijangka akan ditutup pada hari ini sekiranya keadaan banjir semakin pulih dan ia menempatkan 37 mangsa membabitkan 10 keluarga.

“Buat masa ini SK Sri Kampung Renggam menempatkan 33 mangsa membabitkan 15 keluarga manakala SK Sungai Linau pula menempatkan 42 mangsa membabitkan 11 keluarga,” katanya dalam kenyataan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini