comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: Jalan Lojing-Gua Musang ditutup semula

GUA MUSANG: Tidak sampai 12 jam dibuka, jalan Lojing-Gua Musang ditutup semula kepada semua kenderaan apabila air Sungai Brooke terus melimpahi jalan Pos Blau.

Air sungai memenuhi jalan utama itu pada pagi ini dan laluan mulai ditutup pada jam 10.30 pagi apabila laluan sepanjang 100 meter ditenggelami air.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Gua Musang, Mohd Hanafi Mohd Bokri berkata, hujan lebat di beberapa kawasan termasuk Lojing menyebabkan air mula menunjukkan trend menaik sejak awal pagi tadi.

Pengguna laluan terpaksa berpatah balik kerana kedalaman paras air   2.5 meter dan tiada laluan alternatif lain yang boleh digunakan.

Bagi pengguna, Mohd Alif Abdullah, 28, dia terpaksa berpatah balik ke Gua Musang apabila laluan ini tidak dapat direntasi selepas menunggu lebih satu jam.

Dia dan rakan dalam perjalanan ke Lojing  untuk urusan kerja dan penghantaran barang menggunakan laluan berkenaan hampir setiap hari.

“Sejak semalam, kami tidak dapat menghantar barang dan ia amat menjejaskan urusan kami,” katanya.

Loading...
Terkini