comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir Johor: Lebih 1,000 mangsa ditempatkan di 13 PPS 

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir Johor meningkat kepada 1,024 orang daripada 252 keluarga, di empat daerah terjejas yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 malam ini.

Ia berbanding hanya 522 mangsa banjir daripada 120 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS, setakat jam 2 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN) Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata Johor Bahru menjadi daerah paling terjejas dengan jumlah mangsa meningkat kepada 406 daripada 102 keluarga, yang ditempatkan di empat PPS, setakat jam 8 malam ini.

Ia diikuti Kota Tinggi yang turut meningkat dengan 348 mangsa terjejas daripada 72 keluarga yang ditempatkan di enam PPS di daerah itu.

FOTO: Ihsan APM

“Mersing pula kekal dengan 212 mangsa daripada 56 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan dan SK Tenglu.

“Kluang pula merekodkan peningkatan kepada 60 mangsa daripada 18 keluarga ya g ditempatkan di Dewan MPK Kahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor bermula hari ini hingga Ahad.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku sehingga Ahad melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).

Loading...
Terkini