comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir gelombang ketiga landa Terengganu

Foto: NSTP

KUALA TERENGGANU: Banjir kembali melanda Terengganu susulan hujan berterusan bermula semalam, menyaksikan dua daerah terjejas iaitu Dungun dan Marang.

Setakat jam 8 pagi, seramai 102 penduduk daripada 25 keluarga berlindung di tiga pusat pemindahan (PPS).

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, seramai 90 mangsa banjir dari 22 keluarga di Dungun .

Seramai 69 mangsa daripada 17 keluarga kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Shukor manakala 21 mangsa daripada lima keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat.

PPS SK Pusat dan Dewan Serbaguna masing-masing diaktifkan jam 9.30 malam dan 12 tengah malam tadi.

Penduduk yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sivik Wakaf Tapai – Foto: NSTP

Di Marang, PPS di Dewan Sivik Wakaf Tapai pula diaktifkan jam 6 pagi ini bagi menempatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga.

Sementara itu, paras air di kebanyakan sungai utama di negeri ini terus menunjukkan trend peningkatan.

Empat sungai merekodkan bacaan melepasi paras bahaya, tujuh sungai lagi lepasi paras amaran dan lima sungai pada paras waspada.

Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, dua sungai di Setiu serta satu masing-masing di Hulu Terengganu dan Kemaman direkodkan melepasi paras bahaya.

Ia membabitkan Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu yang merekodkan bacaan 21.74 meter (m) dan Sungai Setiu di Kampung Besut dengan bacaan 17.73m.

Di Hulu Terengganu, Sungai Telemong di Kuala Ping berada pada tahap 20.11m berbanding paras normal 16.5m.

Turut mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya adalah Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman dengan bacaan 18.66m.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini