comscore
Tumpuan :
Nasional

 Banjir kilat, 12 penduduk dipindahkan

Pasukan bomba membantu memindahkan penduduk selepas rumah mereka dinaiki banjir di Kampung Perumahan Tanjung, Tuaran. – Foto ihsan JBPM

TUARAN: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu memindahkan 12 penduduk Kampung Perumahan Tanjung, Jalan Istana Ayan Tua di sini, ke tempat selamat selepas rumah mereka dinaiki air, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.40 malam, tiada mangsa dilaporkan cedera atau mengalami kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.44 malam.

Katanya, seramai 11 anggota dikerah ke lokasi dengan satu jentera dan satu kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Hujan berterusan selama empat jam di daerah ini menyebabkan rumah mangsa dinaiki air. Pasukan bomba membantu memindahkan semua mangsa ke rumah saudara mereka yang tidak jauh dari lokasi banjir dan lebih selamat,” katanya.

Beliau berkata, pihak bomba turut memantau keadaan sekitar lokasi yang dinaiki air bagi tujuan tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 10.30 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini