comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir kilat, 12 penghuni, 45 penuntut terperangkap

Bomba memindahkan penduduk selepas banjir kilat melanda Kampung Baru Jalan Pantai, Kampung Mayo dan sebuah kolej kemahiran. – FOTO: Ihsan Bomba

SEREMBAN: Seramai 12 individu daripada satu keluarga termasuk dua orang kurang upaya (OKU) dipindahkan selepas terperangkap akibat banjir kilat  melanda Kampung Mayor, dekat Pantai, di sini.

Hujan lebat sejak kira-kira jam 3.30 petang turut menyebabkan 45 penuntut di sebuah kolej kemahiran di kilometer 9, Jalan Pantai turut terperangkap, sebelum diselamatkan anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban, Mohammad Idris berkata, air naik sehingga 0.6 meter dan masuk ke dalam beberapa buah rumah di Kampung Baru dan Kampung Mayor.

“Kami menerima maklumat mengenai kejadian banjir ini jam 3.49 sebelum petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampangan serta Seremban bergegas untuk memantau keadaan,” katanya.

Beliau berkata, semua yang dipindahkan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Jalan Pantai.

“Kami turut mendapat bantuan daripada BBP Senawang dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pantai bagi memindahkan 45 penuntut lelaki di sebuah kolej kemahiran,” katanya.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Loading...
Terkini