comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir kilat di Kampung Baru Slim

Anggota APM membantu mangsa banjir kilat di Kampung Baru Slim Village, Behrang, malam ini. – Foto: APM

BEHRANG: Kira-kira 10 buah rumah dimasuki air selepas kejadian banjir kilat di Kampung Baru Slim Village, malam ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Muallim, Kapten (PA) Shahrizal Husin, berkata APM menerima laporan kejadian terbabit kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Katanya, hujan lebat mulai jam 5.00 petang dipercayai menyebabkan kejadian kilat berlaku di kampung terbabit.

“Hujan masih lagi turun di kawasan ini dan APM akan memantau serta membantu mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini