comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir kilat di Kota Tinggi, 1 PPS dibuka

Banjir kilat yang melanda bandar Kota tinggi menyebabkan beberapa jalan utama dinaiki air namun masih boleh dilalui kenderaan ringan. Foto Ihsan APM Johor

KOTA TINGGI: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan 22 mangsa daripada tujuh keluarga dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang susulan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di daerah ini, sejak awal pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor dalam satu kenyataan memaklumkan PPS berkenaan dibuka jam 12.30 tengah hari tadi.

Ia bagi menempatkan bagi menempatkan 22 mangsa dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur yang terjejas akibat rumah mereka dinaiki air.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut memantau paras air di lima sungai termasuk Sungai Johor, Sungai Sembilang, Sungai Sedili Kecil dan Sungai Ulu Sedili Besar.

Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga jam 6 petang ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini