comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir kilat di pusat beli-belah mulai surut

Pasukan bomba memantau banjir kilat melanda pusat beli-belah Subang Parade. – FOTO Ihsan Bomba

SUBANG: Banjir kilat yang melanda sebuah pusat beli-belah, di sini, petang tadi, sudah mulai surut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.39 malam tadi.

Susulan itu, beliau berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya digerakkan ke lokasi.

“Setiba di lokasi didapati banjir setinggi kira-kira 0.3 meter menenggelami bahagian bawah tanah pusat beli-belah itu.

“Kejadian turut membabitkan sebuah kedai peralatan elektrik yang terletak di aras sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, insiden itu tidak membabitkan mangsa dan air sudah mulai surut.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini