comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir kilat dijangka lebih banyak berlaku sepanjang peralihan monsun di Kedah

Seorang penduduk, Kamarulzaman Harun melihat rumahnya yang digenangi air banjir di Kampung Padang Luar, Jitra. FOTO: NSTP

ALOR SETAR: Banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini sejak minggu lalu, dipercayai akibat kesan peralihan monsun bermula yang 24 September lalu, yang mencetuskan ribut petir dan banjir kilat terutama di kawasan pedalaman Kedah.

Pengarah Meteorologi Malaysia Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata, lebih banyak banjir kilat dan angin kencang diramalkan berlaku dalam tempoh peralihan itu sehingga awal November depan.

Beliau berkata, peralihan monsun ini yang diramalkan berlaku di pantai barat termasuk Kedah akan membawa taburan hujan tinggi pada sebelah lewat petang dan malam.

“Ia berpotensi membawa banjir kilat dan ribut petir. Ini termasuk kejadian yang berlaku di Padang Terap dan Pokok Sena, minggu lalu, yang berkemungkinan berlaku akibat taburan hujan yang tinggi di kawasan itu.

“Ini bukan gelombang kedua banjir iaitu kesinambungan daripada bencana yang berlaku pada pertengahan bulan lepas.

“Ia tiada kaitan gelombang kedua dan tidak berlaku di Kedah seperti di Pantai Timur apabila kita menjangkakan ada beberapa luluran gelombang sehingga enam, tujuh kali,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Muhammad Khalil dalam pada itu menasihatkan orang ramai supaya sentiasa peka dengan situasi semasa cuaca bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sepanjang peralihan monsun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini