comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Banjir kilat, kenderaan terkandas di Lebuhraya Kajang Silk

Longkang tersumbat yang menyebabkan banjir kilat di Lebuh Raya Kajang Silk dari Putrajaya menghala Kajang. Foto: Ihsan Bomba

KAJANG: Longkang tersumbat menyebabkan berlaku banjir kilat berlaku di Kilometer (KM) 25.6, Lebuhraya Kajang Silk dari Putrajaya menghala ke Kajang sehingga kenderaan terkandas.

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 4.52 petang dan tiba di lokasi 5.02 petang.

Menurutnya, ketika tiba mendapati berlaku limpahan air ke atas jalan raya dipercayai akibat longkang yang tersumbat susulan hujan lebat melebihi sejam.

“Anggaran ketinggian air adalah 0.9 meter dan mengakibatkan laluan tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan ringan.
“Keadaan banjir kilat di lokasi kejadian surut sepenuhnya selepas 30 minit bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemantauan di lokasi kejadian dilakukan dan dibantu oleh polis bagi tujuan melancarkan aliran trafik dan tiada kerja penyelamatan dilaksanakan.

Loading...
Terkini