KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di sembilan negeri terjejas terus meningkat dengan Kelantan kekal menjadi negeri paling teruk terjejas setakat jam 7 pagi hari ini.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan mencatatkan 82,630 mangsa daripada 24,802 keluarga ditempatkan di 279 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di 10 daerah.
Menurut Portal info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 24,890 mangsa daripada 8,472 keluarga.
Di Terengganu pula, 31,182 mangsa direkodkan dan berlindung di 332 PPS melibatkan lapan daerah.
Besut menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 114 PPS dibuka menempatkan 12,838 mangsa daripada 3,353 keluarga.
Sementara itu Kedah mencatatkan 4,477 mangsa terjejas dan ditempatkan di 50 PPS meliputi enam daerah.
Empat PPS dibuka di Perlis bagi menempatkan 488 mangsa daripada 145 keluarga.
Di Selangor pula, dua PPS dibuka menempatkan 473 mangsa daripada 119 keluarga yang terjejas di Klang.
Pada masa sama, 2,253 mangsa terjejas di Negeri Sembilan melibatkan 633 keluarga dan ditempatkan di 24 PPS.
Manakala di Melaka, 228 mangsa daripada 61 keluarga berlindung di enam PPS di tihga daerah
Selain itu, di Johor, 336 mangsa daripada 101 keluarga ditempatkan di sembilan PPS.
Hanya satu PPS di buka di Perak melibatkan daerah Kerian yang menempatkan 20 mangsa daripada tujuh keluarga.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.