comscore
Tumpuan :
Bencana

Banjir: Mangsa di Johor menurun kepada 23,663 orang malam ini

FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan kepada 23,663 orang setakat 8 malam ini, berbanding 25,983 orang direkodkan 4 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan memaklumkan, lapan pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup, sekali gus menjadikan sebanyak 88 PPS masih beroperasi di Batu Pahat dan Segamat.

“Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 23,625 orang daripada 6,765 keluarga, manakala Segamat seramai 38 orang daripada 13 keluarga,” menurut JPBN.

Menurut jawatankuasa itu, Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat melepasi aras bahaya dengan bacaan 19.24 meter (m), namun ia menunjukkan tren bacaan penurunan, berbanding 19.31 m petang tadi.

Muar, Pontian, Segamat dan Batu Pahat dilaporkan mendung ketika ini, manakala di enam daerah lain cuaca baik. – BERNAMA

Loading...
Terkini