comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir mula landa kampung di Tumpat 

Banjir melanda rumah penduduk di beberapa kampung di Tumpat akibat hujan serta limpahan Sungai Golok termasuk dari Pasir Mas serta Rantau Panjang. – Foto: NSTP

TUMPAT: Beberapa kampung di Pengkalan Kubor mula dinaiki air berikutan hujan sejak beberapa hari lalu serta limpahan air Sungai Golok, termasuk dari Pasir Mas serta Rantau Panjang.

Tinjauan mendapati rumah penduduk sudah digenangi air dan beberapa laluan utama dinaiki air, namun penduduk tetap meredah dengan kenderaan.

Kampung yang terjejas ialah Kuala Jambu, Kubang Sawa, Naga Ibu, Pisau Raut, Derdap , Jejulok, Kajang Sebidang dan Bendang Pak Yong.

Limpahan air di beberapa jalan di Kampung Kubang Sawa dan Bendang Pak Yong, di Pengkalan Kubor akibat hujan serta limpahan Sungai Golok termasuk dari Pasir Mas serta Rantau Panjang. – Foto: NSTP

Penduduk Kampung Kubang Sawa, Rosnani Mat Roni, 47, berkata berbanding semalam, paras air sudah kelihatan menurun kerana tidak berlaku hujan.

“Sekitar rumah sudah digenangi air dan semalam saya keluar ke pasar di Tumpat untuk mencari stok makanan untuk bekalan sepanjang banjir.

“Biasanya jika hujan berterusan dan kawasan kampung menerima limpahan air Sungai Golok, paras air semakin naik dan berlaku banjir di lebih 10 kampung sekitar.

“Bagi kawasan yang tidak dinaiki air, penduduk akan terkepung dan nasib mereka sama seperti mangsa banjir kerana tidak boleh keluar dan masing-masing akan mencari stok makanan dengan segera,” katanya.

Loading...
Terkini