HOME / Nasional

BANJIR | Pelepasan Air Dari Empangan Terkawal

Pelepasan air di Empangan Chenderoh di Perak dilakukan pada kadar terkawal bagi mengimbangi kadar kemasukan dan pelepasan air.

Pengarah Urusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Power Generation Sdn Bhd, Datuk Nor Azman Mufti dalam satu kenyataan berkata pelepasan air terkawal di empangan berkenaan dilakukan berikutan kenaikan paras air disebabkan hujan.

Dalam pada itu katanya tiga lagi empangan yang melepaskan air secara terkawal adalah Janaelektrik Sungai Perak (Empangan Bersia, Kenering, Chenderoh).

“Empangan Pergau (Kelantan) dan Temenggor di Stesen-stesen Janaelektrik Sungai Perak masih di bawah paras pelepasan air”, katanya.

Tambahnya walaupun terdapat limpahan secara semulajadi di Empangan Kenyir ke Sungai Terengganu, namun limpahan berkenaan masih di bawah parasa kapasiti sungai.

Datuk Nor Azman memberi jaminan kesemua empangan berkenaan berada dalam keadaan baik dan selamat.