comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup

Pemandu teksi, Raffee Amal, 73, dan isteri, Hasimah Awang, 64, menjemur karpet yang basah akibat banjir di Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi, Johor. – FOTO: NSTP

KOTA TINGGI: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang di sini yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata PPS itu menempatkan 300 orang daripada 69 keluarga dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.

“Kesemua mangsa dipindahkan ke PPS berkenaan pada 12.30 tengah hari, semalam susulan hujan lebat berterusan melebihi tempoh dua jam,” kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi dalam kenyataan berasingan berkata semua mangsa dibenarkan pulang setelah paras air di kawasan berkenaan surut sepenuhnya. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini