comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir ragut lapan nyawa

KUALA LUMPUR: Berdasarkan Laporan Bencana Nasional, Pusat Kawalan Operasi Pusat, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), keseluruhan mangsa meningkat kepada 12,231 mangsa dengan lapan kematian setakat tengah hari ini.

“Di Johor angka mangsa banjir di tujuh daerah iaitu Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Mersing, Batu Pahat dan Muar, turut mencatatkan pertambahan dengan 58 PPS dibuka setakat jam 12 tengah hari ini.

“Di Pahang pula berlaku pertambahan PPS apabila satu lagi PPS dibuka membabitkan 286 mangsa dipindahkan setakat jam 12 tengah hari ini,” katanya.

Menurutnya, trend meningkat juga turut berlaku di Sabah membabitkan empat daerah dengan 25 PPS dibuka.

Banjir di empat negeri iaitu Sabah, Johor, Pahang dan Terengganu bertambah buruk berikutan pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat mendadak kepada 6,331 orang yang ditempatkan di 25 PPS di empat daerah setakat ini, berbanding 1,421 orang pada 8 malam tadi.

“Manakala di Terengganu satu PPS dibuka membabitkan 50 mangsa di satu daerah di negeri berkenaan,” katanya.

Katanya, dua PPS turut dibuka di negeri Sarawak membabitkan 56 mangsa dari 17 keluarga dan menunjukkan trend meningkat.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini memaklumkan keadaan hujan dijangka terus berlaku di beberapa tempat di Kudat, Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan pedalaman Sabah, selain di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Loading...
Terkini