comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir reda, laluan dibuka semula – UM

 

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) memaklumkan keadaan banjir sekitar kampus berkenaan telah reda dan semua laluan dibuka semula.

Pada masa sama, UM mengesahkan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian banjir akibat hujan lebat pagi tadi.

“Semua staf, pelajar dan pelawat kampus dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta mengelakkan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan diri dan harta benda terperangkap dalam banjir.

“Pihak universiti akan memantau situasi semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan kampus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pegawai Komunikasi Krisis UM, Farawahida Ismail ditalian 03-79677009 atau email kepada [email protected].

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini