comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: RM10.6 juta bagi pembaikan fasiliti jalan di Kelantan -Nanta Linggi 

PETALING JAYA: Kementerian Kerja Raya memperuntukkan sebanyak RM10.6 juta bagi kerja-kerja pembaikan jalan yang rosak akibat banjir di negeri Kelantan.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, turut dibina jambatan kekal di Jeli yang runtuh akibat banjir baru-baru ini.

“Saya juga turut berkongsi, setakat ini Kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM10.6 juta bagi Negeri Kelantan bagi pelaksanaan kerja-kerja pembaikan akibat banjir yang berlaku pada kali ini.

“Susulan kejadian lubang benam di KM 73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli Kelantan, saya telah mengumumkan peruntukan RM700,000 bagi kerja pembaikan kekal oleh JKR Malaysia,” jelasnya dalam kenyataan media di laman sosial rasminya pada Sabtu.

Tambahnya, jambatan sementara iaitu jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) atau Jambatan Bailey telah mula dipasang semalam bagi membolehkan pergerakan keluar masuk kenderaan ringan penduduk di kawasan terlibat.

Kerja pemasangan jambatan kekal berukuran 4.2 meter lebar dan 30 meter panjang itu pula jelasnya sedang dilaksanakan lebih 40 orang pegawai daripada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan JKR Machang, Temerloh dan Kinta.

Pemasangan jambatan itu dijangka siap pada 10 Januari 2024 dan boleh mula digunakan oleh kenderaan ringan.

Loading...
Terkini