comscore
Tumpuan :
Nasional

Banjir: Satu PPS di Rompin masih dibuka

Mangsa banjir mula mengemas barangan untuk pulang ke rumah susulan banjir mula surut di kediaman masing-masing di PPS Sekolah Kebangsaan Air Papan, Mersing. -FOTO: NSTP

KUANTAN: Hanya pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Denai, Rompin masih dibuka dengan menempatkan 27 mangsa daripada lapan keluarga setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, memaklumkan berbanding 8 pagi tadi seramai 219 mangsa daripada 70 keluarga berada di tiga PPS.

Dua PPS yang ditutup hari ini ialah PPS Kampung Setajam dan Balai Raya Kampung Jawa.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, berkata walaupun hanya sebuah PPS masih dibuka pihaknya sentiasa bersiap siaga pada bila-bila masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

“Ini kerana Monsun Timur Laut masih lagi belum berakhir,” katanya.

Maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan paras dua sungai di Pahang melepasi paras bahaya pada jam 4 petang tadi.

Dua sungai berkenaan ialah Sungai Keratong di Jambatan Bahau Keratong, Rompin dan Sungai Rompin di Jambatan Kuantan/Segamat, Kuantan.

Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dan Sungai Belat, Kuantan merekodkan bacaan melepasi paras waspada. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini