comscore
Tumpuan :
Nasional

Banting, Klang dilanda jerebu

KUALA LUMPUR: Setakat 9 pagi ini, dua kawasan di Selangor merekodkan paras tidak sihat dalam bacaan indeks pencemaran udara (IPU).

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kualiti udara di Klang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat hari ini iaitu 139, manakala bacaan IPU di Banting ialah pada paras 163.

Sementara itu, tiga kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan udara sihat iaitu Paka dan Kemaman di Terengganu serta Kota Tinggi di Johor.

Kawasan lain di semenanjung menunjukkan bacaan kualiti udara sederhana antara 51 hingga 100.

Di Sabah dan Sarawak, hanya empat kawasan menunjukkan bacaan kualiti udara sederhana, antara 55 hingga 58.

Bacaan IPU sehingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas berbahaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini