comscore
Tumpuan :
Nasional

Bantuan bersasar RM300 kepada peneroka felda sebelum Aidilfitri

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (duduk tengah) ketika Majlis Iftar Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Bersama Warga FELDA di Dewan Besar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) FELDA Trolak, dekat Sungkai. FOTO: NSTP

SLIM RIVER: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata bantuan kepada setiap peneroka di 317 Tanah Rancangan Felda seluruh negara itu akan disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri.

FOTO: NSTP

“Selain itu peneroka berpendapatan RM1,000 ke bawah dan peneroka yang berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula akan mendapat penangguhan potongan hutang (tidak termasuk Kos Operasi Ladang) untuk hasil bulan Mac,” katanya dalam ucapan pada Program Iftar Majlis Santunan Kasih Ramadan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda di sini hari ini.

Beliau turut mengumumkan kementerian telah meluluskan projek membina jalan dari Felda Trolak Selatan ke Pekan Trolak, Muallim tahun lepas dengan kos RM35 juta.

Menurutnya projek di bawah Program Jalan Luar Bandar (JALB) ini sedang dalam peringkat reka bentuk dan dijangka ditender pada Oktober ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini