comscore
Tumpuan :
Nasional

Bantuan Kehilangan Pendapatan Kepada 870,000 Individu

Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara ‘one-off’ bermula esok.

Bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.

BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021.

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP, https://bkp.hasil.gov.my.

Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Loading...
Terkini