KLUANG: Bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah meninggal dunia.
Perkhabaran duka itu dikongsikan di laman Facebook Perhubungan UMNO Johor.
Sebelum itu pada Isnin, Syed Hussien berkongsi keadaan bapanya Syed Abdullah, 67 yang terpaksa ditidurkan di sebuah hospital di daerah ini.
BN mempertaruhkan Syed Hussein, 40, yang juga Ketua Pemuda Umno Kluang sebagai calon PRK DUN Mahkota pada 28 September ini.
Ia diumumkan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon BN bagi PRK DUN Mahkota di Command Centre BN di Taman Sri Kluang, Sabtu lalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.