comscore
Tumpuan :
Nasional

Bapa dera anak hingga melecur, direman seminggu 

Foto hiasan

AMPANG JAYA: Seorang lelaki disyaki mendera anaknya sehingga cedera di kepala, lengan hingga terdapat kesan melecur di Jalan Kuari, di sini, kelmarin, ditangkap polis.

Penahanan itu dibuat susulan nenek mangsa berusia 58 tahun membuat laporan polis pada 28 April lalu selepas melihat kecederaan dialami cucu perempuannya yang berusia dua tahun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam berkata mangsa memaklumkan dia didera bapanya berusia 37 tahun ketika berada di rumah di Taman Pinggiran Cheras, Jalan Kuari.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Ampang oleh neneknya sebelum dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan.

“Susulan itu, pada jam 10.30 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan suspek di Jalan Kuari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, saringan ujian air kencing dapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methampethamine.

“Semakan dapati suspek mempunyai satu rekod lampau narkotik.

“Permohonan reman suspek di Mahkamah Ampang dibenarkan selama tujuh hari bermula semalam hingga 8 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini