comscore
Tumpuan :
Nasional

Bapa maut, dua anak cedera selepas kereta dinaiki jatuh ke dalam gaung


LABUAN: Seorang bapa maut dan dua anak perempuannya cedera selepas kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam sebuah gaung di Kampung Layangan di sini malam tadi.   

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Abd Rashid Bahari, 48 tahun sementara anaknya Nur Aqeesha, 8 dan  Nor Izah Batrisyah,10 cedera dalam nahas pada jam 8 malam itu.

Ketua Balai Bomba Layangan, Huzyman Malikin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.26 malam.

Bomba mengalami kesukaran untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan kerana kerosakan teruk pada bahagian depannya.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat selesai pada jam 9.25 malam.- BERNAMA.

Loading...
Terkini