comscore
Tumpuan :
Nasional

Bapa Menteri KPWKM Meninggal Dunia

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun. FOTO: Rina Mohd Harun / Facebook

KUALA LUMPUR: Bapa kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun, Mohd Haron Mohamad Khairi meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Sungai Buloh.

Setiausaha akhbar menteri berkenaan, Eikmar Rizal Mohd Ripin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata Allahyarham Mohd Haron yang berumur 71 tahun meninggal dunia pada 3.40 pagi.

“Jenazah akan disolatkan selepas solat zuhur di Masjid Kampung Salak Tinggi, Selangor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salak Tinggi,” katanya ketika dihubungi. – BERNAMA

Loading...
Terkini