comscore
Tumpuan :
Nasional

Barangan keperluan habis akibat pembelian panik

FOTO : NSTP

PASIR MAS: Kebanyakan barangan termasuk ayam serta bawang di kedai runcit serta pasar raya di negeri ini kehabisan bekalan.

Tinjauan di sekitar Pasir Mas mendapati barangan berkenaan kehabisan berikutan orang ramai membuat pembelian panik sejak semalam susulan banjir yang melanda negeri itu.

Tinjauan turut mendapati banyak rak kosong dan pihak pasar raya mendakwa bekalan ayam tidak mencukupi berikutan ayam tidak dapat dihantar kerana banjir.

Pengguna, Salamiah Abdullah, 39, berkata dia sedikit kecewa apabila melihat banyak barang kehabisan di pasar raya termasuk bawang serta sayur sayuran.

“Semalam saya tidak dapat keluar memandangkan jalan terputus. Hari ini air sudah surut dan saya terus keluar untuk membeli barangan makanan.

“Pada awalnya saya ke pasar namun ramai peniaga tidak berniaga mungkin disebabkan banjir dan saya pergi ke pasar raya pula.

“Namun sedikit kecewa apabila banyak barang yang kita mahu kehabisan menyebabkan saya terpaksa mencari di kedai lain pula,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Muhammad Mujahid, 42, turut terkesan dengan ketiadaan barang keperluan.

“Agak terkejut juga melihat banyak rak kosong seperti bawang, minyak masak paket, serta makanan lain. Mungkin ramai yang datang memborong kerana bimbang banjir makin teruk.

“Saya terpaksa beli apa yang ada sajalah memandangkan tidak banyak pilihan yang ada. Ayam pun tiada dan pihak pasar raya memaklumkan bekalan tidak sampai kerana banjir,” katanya.

Loading...
Terkini