Tumpuan :
Nasional

Barangan kosmetik bernilai lebih RM25 ribu dirampas di pangkalan haram

 

FOTO: JKDM

TUMPAT: Pelbagai barangan kosmetik dari Thailand dianggarkan bernilai RM25,653 termasuk cukai dirampas di Pangkalan Haram Haji Rashid, Pengkalan Kubor, di sini, 6 November lalu.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, barangan kosmetik itu dibawa ke negara ini menggunakan bot menerusi Sungai Golok.

“Sebaik tiba di pangkalan haram di sini, ia akan disimpan di stor sebelum dijual di pasaran tempatan.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti pemilik barangan yang dirampas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam berkata, produk kosmetik adalah barang larangan di bawah Butiran 9, Bahagian I, Jadual Kedua Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 dan pengimportannya adalah dibenarkan dengan syarat ada permit import daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, jka sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM50,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini