comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bas membawa 64 sukarelawan banjir hampir terbalik 

 

HULU DUNGUN: Bas yang membawa 64 sukarelawan banjir yang merupakan pelajar dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Dato’ Razali Ismail (IPG KDRI), Batu Rakit, Terengganu nyaris terbalik ketika dalam perjalanan ke Kampung Pasir Raja.

Difahamkan pemandu bas tersesat selepas menggunakan aplikasi navigasi yang membawa pasukan sukarelawan itu masuk ke jalan menuju ke ladang sawit.

Selepas membuat pusingan dan diparkir di tepi jalan, berlaku tanah mendap di bahu jalan sehingga menyebabkan bas berkenaan nyaris terbalik.

Kejadian bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Sebelum kejadian, sukarelawan IPG KDRI itu baharu sahaja membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Shukor dan Jonggok Batu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini